Monday, January 10, 2011

3 Minggu

Hari ni dah masuk 3 minggu..3 minggu dari kali terakhir aku berbicara dengan dia..3 minggu yang memutuskan segalanya..

Masuk minggu ke 3, redalah aku rasanya..aku dah bertambah reda..Hanya kerana aku tahu, tak guna memaksa hati sesiapa utk suka kepada aku..

Dah masuk 3 minggu jugak, aku rindukan dia..dan masuk 3 minggu jugak aku sedar, dia sikit pun tak kisah aku takde..

Bukan aku mengakui hakikat, dia sama je mcm lelaki lain..datang dan pergi sesuka hati..Tau dah tujuan dia apa sebenarnya, tapi sebab sayang, aku pasrahkan jua..

Memang pun dia jahat, jahat lagi dari yang lain..Mampu buat perasaan aku macam ni..Tapi sebab aku ni suka memaafkan orang, akhirnya aku pasrah lagi..

Kini aku tahu dia bahagia bersama insan lain..Buat apa lagi aku nak menganggu dia..Niat di hati nak mengucapkan selamat hari jadi yang bakal datang, tiba2 bantut hari ni..tak tau kenapa..Mungkin dia pun dah cukup rimas nak tau pape dah pasal aku..

Takpelah, yang mendatang aku jalani dengan tabah dan macam biasa..Jodoh pertemuan di tangan tuhan, andai satu hari nanti kau kembali, aku belum pasti ada di tempat yang sama..

Seandainya sudah jodoh dirimu dan dirinya, berbahagialah..dia pastu yang terbaik untukmu..

Walaupun, ada malam2 yang aku menangis sendiri, tapi biarlah ku simpan dalam hati..Tak perlu kau tahu dan kau sendiri pun tak pernah ambil tahu..Kini ku membilang untuk minggu ke 4..Menanti cukupnya sebulan..

No comments:

Post a Comment