Tuesday, January 25, 2011

Jodoh dan Harapan

Aku dapat doa ni dari page mana aku tak ingat, tapi bagus doa ni..

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat

Benar Tuhan itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..Andainya selepas ini tiada jodoh, aku redha..Sesungguhnya mungkin belum masanya lagi atau belum sampai jodoh aku dengan dia..Biar berapa lama pun, andai sudah memang jodoh aku dengan dia, pasti bertemu jua satu hari nanti..Jadi percayalah, janji Tuhan itu pasti..Lambat atau cepat pasti tiba jua..

Esok hari jadinya..Untuk hari jadinya tiada hadiah yang dapat ku beri melainkan ucapan selamat hari jadi dan semoga dirinya sentiasa di berikan kebahagiaan yang berpanjangan dan agar sentiasa dapat menjadi seorang ayah yang dapat mendidik anak2nya dengan baik walaupun bersendirian..Semoga dia terus tabah dalam menjalani kehidupan dan aku juga berdoa agar dia di beri kesihatan yang baik..

Sudah tentulah pada hari jadinya kali ini aku mengharapkan satu permulaan yang baru, permulaan seperti kali pertama kami berkenalan..Itulah sahaja harapan ku, tiada lain..Seandainya selepas ini pun tiada perubahan, aku pasrah..Mungkin belum tiba masanya..

Lambat atau cepat, pasti ketemu jua..Aku pasti..

No comments:

Post a Comment