Enggang dan Pipit tak mungkin kan bersatu,
Namun Si Pipit masih mengharap.
Namun Si Pipit masih mengharap.
Enggang selalu mendabik dada memandang ke awan,
Sedangkan Pipit menunduk malu,
Terpaku menatap bumi.
Masakan mampu terbang bersama...
Sedangkan Pipit menunduk malu,
Terpaku menatap bumi.
Masakan mampu terbang bersama...
Dia ibarat enggang, gagah dan perkasa manakala aku cuma si pipit yang hina. Manakan mampu mengejar enggang yang jauh lebih laju dan hebat. Manakan pipit mampu mendongak tinggi melangit ke arah enggang yang di atas sana. Kerana pipit lebih senang menunduk malu, menyembah bumi..
Hidup seperti enggang, daya tujahan bila terbangnya jauh lebih tinggi dari pipit, makanan enggang juga jauh lebih besar dan banyak dari pipit. Malahan tinggi letak duduk enggang di dahan pokok juga jauh lebih tinggi dari pipit.
Enggang dijadikan Tuhan jauh lebih cantik, bukan saja dari bentuk badannya, malah juga dengan bentuk badannya berbanding pipit yang sederhana.
Tetapi, mereka akan pasti tak merasa bahagia kalau gagal memahami sunnatullah hidup ini. Pipit akan gagal dalam perlumbaan jarak jauh kerana kemampuan kepaknya yang pendek yang akan hanya membatas dan memenatkan. Berbanding enggang, dengan sekali libasan kepaknya akan menujahkannya jauh ke depan dan boleh menggelungsur dengan lebih lama di udara.
Susah benar kalau enggang mahu terbang sama dengan pipit. Pipit cepat penat mengikut rentak enggang dan enggang juga akan bosan menunggu pipit. Sebab itu kata orang tua-tua dulu, carilah yang sepadan agar setiap perbuatan akan sama dengan temponya. Memang benarlah kata mereka itu.
Wahai pipit, jadilah diri sendiri, seapa adanya. Pipit menyedari diri tidak setaraf dengan enggang dari segala segi. Kalau gagal mengikut syariatnya, pipit memang mudah cemburu melihat enggang. Dan enggang juga akan mudah sakit hati kerana tidak boleh memagut beras sama seperti pipit dek kerana paruhnya yang panjang dan besar!
Berbuatlah sesuatu mengikut ukuran dan takaran masing-masing. Allah menjadikan setiap makhluk itu bukan dengan sia-sia. Malah Allah amat adil dalam semua PenciptaanNya.
Enggang susah nak faham keperluan pipit, pipit juga tak terdaya nak makan makanan enggang. Nabi yang mulia juga selalu nasihatkan kita, bersederhanalah dalam segala hal. Ikutlah ukuran dan takaran agar sesuai dengan keperluan hidup. Apakah kita nak paksa berikan apa yang kita minta? Atau lebih baik menunggu pemberianNya yang jauh lebih sesuai dengan keperluan kita.
Pipit, kembalilah kepada sunah alam. Fikir- fikirkanlah pipit tak mungkin pipit dapat terbang dan berganding dengan enggang. Sudah pastinya enggang seperti dia mahukan enggang juga yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannya.
Namun adakalanya Pipit terlupa dan cuba menjadi Enggang. Dilebarkan sayapnya agar turut terbang tinggi. Kasihan Enggang melihat Pipit. Lalu, Enggan turun bersama-sama dengan Pipit. Terbanglah mereka bersama seketika. Pipit bahagia. Dia mampu bersama dengan Enggang.
Di satu masa. Enggang terbang tinggi. Mengejar sekawan Enggang yang lain yang sama taraf dengannya. Biar burung lain tahu, Enggang bukannya milik Pipit semata-mata. Enggang juga mahu mengejar Enggang lain yang lebih megah, lebih bidang dadanya.
Tinggallah Pipit sendirian mengharun angin yang bertiup. Kekiri dan kekanan tanpa haluan. Tiada lagi Enggang yang sering menemaninya dulu. Enggang sudah punya teman baru. Pipit tinggal sendiri.
Kini Pipit sedar diri. Pipit tetap Pipit biar pun Enggang mendampingi. Pipit bukan Enggang untuk dipuja puji. Pipit cuma mengemis cinta yang pergi.
Saat enggang berlalu pergi, pipit masih di sini. Menyedari hakikatnya dalam dunia ini memang begitu. Enggang yang lebih segalanya daripada pipit. Enggang yang gagah, enggang yang berkuasa. Dan enggang yang mencuri hati pipit juga. Terlambat pipit menyedari, pipit sepatutnya bersama pipit, enggang sama enggang..
Namun sudah lumrah kehidupan, adakalanya pipit terjatuh cinta kepada enggang...


No comments:
Post a Comment