Wednesday, December 8, 2010

Terima Kasih

Hari ni kaki melangkah berat, nak mendongak pun ke langit pun tak mampu.. Kenapa kah kaki terasa berat, pandangan pun cuma menyembah bumi..Sebab rasanya tak mampu nak mencapai langit kepunyaan orang lain, tak mampu nak berdiri sama tinggi atau duduk sama rendah, sebab tak mampu nak berkata-kata macam orang lain..

Terima kasih sebab sedarkan aku, betapa hinanya diri aku ni..
Terima kasih sebab sedarkan aku, betapa tak setarafnya aku dengan diri mu..
Terima kasih sebab sedarkan aku, betapa aku dah lama berada dalam mimpi yang panjang..
Terima kasih sebab sedarkan aku, betapa tak layaknya aku mendampingi diri mu...
Terima kasih sebab sedarkan aku, betapa selama ini aku menyayangi bayang-bayangku sendiri..
Terima kasih sebab sedarkan aku, selama ini segalanya palsu..

Kini sudah kesekian kalinya hati ini di lukai lagi..Memang sedari awal lagi sepatutnya aku tidak mempercayai dirinya..Tapi dah terlambat..Dia yang membuat aku percaya bahawa masih ada insan yang sudi berkongsi kasih, tapi rupanya niat dia sama juga dengan yang lain..

Kecundang jua akhirnya buat kesekian kalinya..Rupanya tidak ada insan yang benar2 maksudkan apa yang mereka tuturkan..Yang ada hanya lah kepalsuan..

Kali ini sudah tiada kata-kata atau air mata untuk ku tangisi..Biarlah, dia mencari arah yang baru pada takdir yang sudah di tentukan..Sudah di takdirkan, dia tidak pernah merindu dan menyayangi.. Kini biarlah dia berlalu..

Bukan lelah, tetapi patah hati dengan tutur katanya yang tajam seperti belati menghiris setiap inci tubuh ini dan akhirnya tinggal lah sekeping hati yang kesepian..

Kini ku doakan agar kau bertemu dengan insan yang menyayangi mu dan mencintai mu sepenuh hati dan tidak pernah menyakitkan hati mu walau sekali pun.. Tetap dalam doaku sentiasa mendoakan kebahagiaan diri mu walau di mana dan dengan siapa kau berada..

Kini takkan lagi ku bertemu diri mu, malah ku berharap sangat agar ku tidak lagi bertemu dengan mu di mana - mana...

Kerana kalau ku bertemu dengan mu, tidak sanggup lagi ku terima pandangan mata mu..Kerana dari pandangan mata mu tersirna betapa hinanya diri ku..

No comments:

Post a Comment