Semalam waktu di Kelana Jaya, aku tengok cuaca cerah nak pegi keje, maka dengan gembiranya aku tinggalkan sekaki payung ku yang paling berharga tersemat elok di dalam kereta..huhuhu..Waktu pantas berlalu (cewah) sedar2 dah jam 5.15 ptg..Tiba2 langit ku lihat mendung dari jendela ku dan tanpa sedar rupanya ada titis2 hujan yang menimpa bumi..
Walaweh, boleh pulak hujan turun lagi 10 minit aku nak balik kerja...Waduh2 kok mahu hujan pun, turun la 5.40 ke 5.45 ke, sempat la aku berlari2 ke train station..Padan muka sapa suh tak bawah payung..Sekarang rasakan...
Turun je ke bawah aku tengok tak lebat lagi, aku pun belasah je la berjalan depan Pavi ni...Sampai kat J W Marriot tiba2 lebat..Mak ai jauh lagi kut nak sempai kat depan tu..Aku pun dengan gagah perkasanya berjalan dalam hujan lebat tu..Mak ai sadis tul kalau hari2 macam ni, mau demam aku..
Pastu terus pintas masuk Lot 10 ikut jejambat, kalau tak biasanya takde hari la aku nak naik jejambat tu..Bila nak naik jejambat tu, ada satu pasangan suami isteri atau kekasih depan aku..Si lelaki kelihatan dalam lingkungan 40 an manakala si wanita dalam lingkungan 30 an..Si lelaki nampak basah kuyup manakala si wanita nampak tak terusik dek hujan lebat.
Si lelaki sedang mengibas2 payungnya. So nampak la si lelaki sanggup basah hujan demi wanita tercinta. Si wanita kemudian membetulkan beg sandang si lelaki yang nak jatuh..Aku terus memerhati sebab aku ada belakang diorang..
Keadaan jalan di jejambat tu licin sebab hujan. Selesai si lelaki menutup payung, tiba2 si lelaki menghulurkan tangannya pada si wanita kerana melihatkan keadaan orang yang ramai serta jalan yang licin..Aku tersentuh serta terkesima sebentar..Bagiku apa yang aku lihat tu sangat membahagiakan kalau aku jadi wanita tersebut..Rasa dilindungi dan di sayangi..
Ape orang pegang tangan pun nak tersentuh ke? Mesti orang tanya macam tu..Bagi aku sewaktu aku melihat insiden tersebut, fikiran aku pantas melayang mengingati si dia..Alangkah indahnya kalau dia pun buat macam tu pada aku..
Haish, dalam mimpi pun belum tentu..Aku termenung je sepanjang perjalanan pulang..Malam aku keluar pegi makan aku story kat bestfriend aku..Dia lagila excited terlebih2 dengar dan impian dan nak dapat bf mcm tu makin tinggi melangit..Hahaha sorry jangan marah ye...Hahah..Pastu aku diam je sebab sebenarnya memori aku tak boleh memadamkan image petang tadi..
Pastu aku bagitau bestfriend aku, " I rasa tak boleh la nak erase the memory from my mind.."
Dia dengan sehela nafas je cakap, " You kena remove physical memory tentang dia, kena delete gambar dia, kena delete msg dia..sekarang ni pun sebut nama dia je u dah teringat kat dia..So first thing you kena buat adalah delete physical memory dulu.."
Aku tgk dia dengan mata yang berkelip2 macam lampu traffic light rosak.." I cakap pasal petang tadi, bukannya pasal dia..Amboi sejak bila pulak i nak erasa dia dari memory.."
"Owh I ingat u ambik keputusan drastik nak lupakan dia.." kata best friend aku..Amboi hilang pedoman ke aku nak erase dia dari memory..Takkan pernah sesekali aku erase dia dari memory walaupun dia tinggalkan aku..Cewahh...
Insiden si lelaki dan si wanita tadi tu memang aku tak leh nak erase..Haish tak tau lah kenapa..Sabaq lah nak buat lagu mana..Sabar tu separuh dari iman, betul tak you...Huhuhu...Memang la i kurang sikit berimannya tapi i ade gak ilmu pengetahuan tu skit2..
Entah bila dapat bertemu si dia lagi...Rindu sungguh rasanya..Kalau lah ku tahu akhirnya kini susah bertemu dengan mu, pasti ku tangguh pertemuan pertama kita dulu..Akan ku tangguh seberapa lama yang boleh supaya kau masih kekal yang dulu, yang mengambil berat, yang menyayangi, yang merindui..Tapi kini yang tinggal hanyalah msg2 mu menjadi peneman hidup...

No comments:
Post a Comment