Sunday, December 19, 2010

Tiada kesalan

lama rasanya tak menulis..Kesibukan di tempat kerja membataskan peluang utk menulis..Setelah lebih seminggu menjeruk rasa, ku beranikan diri menghubungi si dia akibat kerinduan yang tak bertepi..Berbalas walaupun hanya sepatah dua kata2..

Kini setelah 3 hari berturut2 cuba menghubungi akibat kerinduan jua, tapi tiada satu balasan yang aku dapat..yang dapat hanyalah kesepian kembali..Puas ku tanya pada diri, apakah semangat luar biasa yang menyebabkan aku masih mampu bertahan, masih mahu menyayangi dirinya, masih mahu merindui dirinya walaupun diri di layan sebegini rupa? Jawapannya tiada, tiada sebab yang pasti kerana menyayangi yg aku tahu tidak perlukan sebab..

Tapi wajarkah aku terus diperlakukan begini? Sampai bila? Mampukah menunggu 5 tahun lagi kalau setiap minggu ada air mata yang gugur kerana dia..Tapi apa perlu dihairankan, bukankah selama ni, selama aku bernafas ni, aku sentiasa di perlakukan begini? Saat aku berikan sepenuh hati, tp dibalas begini...

Kalau dah tiada rasa seperti mula perkenalan dahulu, berterus terang lah.. Kerana kalau tidak selagi itu aku akan menaruh harapan..Kalau sudah tiada sayang dalam hati atau pun tidak pernah ada sayang, berterus terang lah agar hati ini tidak terus terkorban..Kalau selama ini semua kata2 cuma dusta dan palsu, berterus teranglah agar aku boleh melangkah pergi dan tidak lagi berharap, kalau tidak akan ku bersabar dan terus menanti mu hingga ke akhir nanti..

Andai dirimu jua telah bertemu pengganti yang sejiwa dengan mu atau yang lebih memahami jua, berterus teranglah..tak perlu dirisaukan andai diri ini terluka, kerana waktu ini jua diri ini sering terluka..sebenarnya diri ini takut, takut memikirkan mungkin kau telah berpunya pengganti..takut sebenarnya ditinggalkan walaupun pada hakikatnya telah lama kau tinggalkan diri ini..aku sedar sebenarnya telah lama aku tidak menjadi sebahagian dari dirimu..

Kerana walaupun setiap kata2 yang berterus terang itu akan menambah kelukaan tapi sekurang2nya tiada lagi dusta..Tak perlu berdusta kalau selama ini cinta dan sayang tak pernah terbit di hatimu, tak perlu terus berdusta kerana dengan pelbagai alasan lagi membuatkan hatiku luluh..

Saat diri ini ingin berhenti menyayangimu, hati berkata belum tiba masanya..bersabarlah dahulu..bersabarlah mungkin satu hari nanti kesabaran ini akan membuahkan kebahagiaan yang dicari2..janganlah berputus harap pada satu perkara yang telah dinantikan..janganlah lelah andai hati belum bersedia melepaskan..hadapilah semua ini dengan ketenangan di hati..

Pertemuan yang di aturkan Tuhan ini pasti ada hikmahnya walaupun sehingga kini tidak ku mengerti..Bila sebelum kau hadir, ku bahagia bersendirian, bahagia dengan kehidupan sedia ada.. tidak ku pinta lebih dari apa yang ku ada pada waktu itu..sewaktu kau hadir, kau bawa bahagia bersama, tapi kenapa sekelip mata jua kau ragut kebahagiaan itu..saat hati telah jatuh sayang padamu, telah mula membenihkan rasa, telah tidak dapat tidak mengimpikan setiap saat bersama, kau pergi meninggalkan diri terumbang-ambing seorang diri..

Dalam doa tidak putus2 mendoakan kebahagiaan dirimu dengan siapa jua kau bersama..walau akhir nanti bukan dgn diriku, tapi tiada apa lebih membahagiakan mengetahui kau telah bertemu bahagia yang di cari2..andai bukannya aku punca yang membahagiakan mu, aku redha..Sehingga ke saat ini, yang ku rindu utk ku dengar dari bibir mu yang pernah kau lafazkan dulu adalah betapa kau rindu padaku...aku rindu detik itu..terlalu rindu...

No comments:

Post a Comment