Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama
Aku sesungguhnya mengerti, perpisahan kita bukan lah kerana kau membenci, tapi kerana kasih dan sayang yang pernah tertumpah dulu pada mu telah tiada bersama mu..Kerana itulah kau merelakan perpisahan ini..tetapi yang tak rela adalah diri ku..
Telah seminggu 3 hari perpisahan ini, tapi ku rasakan seperti telah sebulan kita bagai orang asing..Sedangkan seminggu ku rasa perit, apatah lagi setahun..Aku manusia biasa, tak lepas dari menzahirkan perasaan rindu..Kelmarin, tidak dapat ku tahan lagi rasa rindu yang terlalu mendalam, lantas berderaian jua air mata yang berjaya ku tahan sejak beberapa lama..
Sesungguhnya aku tak ingin terus hidup dalam kegelapan begini..Kerana sakitnya hanya tuhan yang tahu..Sangat sakit sebenarnya..Kerana itulah aku tak sanggup lagi berterusan begini, sebab sakitnya hanya aku seorang, sedangkan dia berbahagia bersama orang lain..
Sesungguhnya aku mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam, dan aku dapat merasakan hari ini lebih baik dari hari2 yang lepas..
Setelah melalui fasa2 yang getir, aku ingin kembali merasa tenang, ingin kembali seperti dulu..Telah banyak yang ku lupakan di depan mata dalam mengejar sesuatu yang tak pasti..Aku ingin kembali mengejar cita-cita yang semakin banyak ingin digapai..
Akhirnya hari ini, aku akan mulakan walaupun dengan percubaan yang sedikit untuk meredakan kegundahan di hati dan berusaha untuk menjadi lebih tenang..Aku hanya ingin sibukkan diri dengan kerjaya dan kehidupan yang ada sekarang, tapi dia akan tetap ku sematkan di dalam hati..
Kerana aku tak berniat untuk melupakan dia, tapi aku hanya ingin beri masa pada diri sendiri untuk bertenang..Kenapa aku mengambil keputusan sebegini, bukan lah kerana aku telah putus harap, tapi aku akhirnya sedar, dalam kesedihan ku, menangisi semua ini, merindui dia dan menyayangi dia, aku tak mungkin dapat tahu apakah dia berperasaan yang sama..
Aku sedar, aku tak mampu membahagiakan dia, hatinya pada insan lain..Aku hanyalah persinggahan sementara mencari pelabuhan yang pasti..Kini dia telah ketemu pelabuhan pasti, jadi mana mungkin dia berlabuh kembali ke pelabuhan yang tiada dalam peta hidupnya..
Aku sedar walaupun ke mana jua aku pergi, yang ada dalam hati tetap dia, ke mana jua pandangan di arahkan pasti yang muncul jua hanya lah dia..Jadi biarlah waktu menentukan sejauh mana aku mampu bertahan dengan penuh kesabaran dalam menentukan hati ini milik siapa..
Kepadanya ku doakan, agar sentiasa sihat dan murah rezeki dalam kehidupan seharian, agar sentiasa mendapat kebahagiaan yang di cari2 bersama insan tersayang..Andai nya kebahagiaan yang di cari selama ini telah di temui, berbahagialah..
Aku berkata kepada diri ku, relakanlah pemergian dirinya, supaya diri ku merasa lebih tenang..Redalah..tapi aku bukan nabi, cuma manusia biasa yang tak mungkin mampu menipu diri sendiri hanya dengan berkata aku bahagia melihat dia bahagia bersama insan lain..Pasti terjeruk jua hati ini melihat kebahagiaan dirinya bersama insan lain..Tapi relakan lah, pinta ku pada diri tolong lah, relakan lah dia berbahagia dengan insan lain..Hanya dengan cara ini, aku akan lebih tenang..
Terima lah sahaja bahawa diri ini tak mampu membahagiakan dirinya atau insan lain..Ya Allah, aku insan yang hina..Selalu lupa pada mu, mengingati Mu jarang sekali..terkadang aku menangis dalam hati, apalah salah dan silap ku sehingga kebahagiaan yang di cari tak kunjung jua..Ya Allah, andai jodoh ku bukan dengan dirinya, jauhkan lah pandangan mata ini dari melihat dirinya, andai dia bukan jodoh ku hilangkan lah segala kerinduan yang tak bertepi ini..Sesuatu yang di datangkan ini, tak pernah berkekalan..
Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu rindu..Saat aku menulis catatan ini, hati terasa bagai menahan empangan dari pecah..Ya Allah, sesungguhnya aku terima dugaan mu ini dengan rela hati..Andai dia bukan jodohku, temukan lah dia bersama insan yang dapat membahagiakan dia, kerana sesungguhnya dia berhak mendapat yang terbaik..Dia insan yang sesungguhnya walaupun keras hati dan perasaan, tapi di dalamnya lembut dan menyayangi..Andai dia bukan jodohku, aku reda dan pasrah, tetapi telah ku tetapkan dalam hati sebelum ini, inilah cinta terakhirku di dunia..Takkan ku kejar lagi cinta yang lain..
Ya Allah, andai suatu hari nanti, ku temu kembali jodoh ini bersama dirinya, akan ku terima dengan hati terbuka..Akan ku tunggu walau berapa lama sekali pun masanya untuk dia kembali membuka hatinya pada ku..Ketahuilah rindu di dada ku tahan demi kerana ku tahu hanya diriku masih mengingatimu hingga kini..Biarlah jarak dan waktu menentukan andai ada jodoh kita..AHH..
No comments:
Post a Comment