Friday, November 19, 2010

Hantu

Pernah terserempak dengan hantu? Pernah bercakap atau bersembang atau berjumpa face to face dengan hantu? Mesti tak pernah kan? Hahaha.. Mesti korang jealous, sebab aku pernah buat semua tu dengan hantu..

Hantu apa? Hantu paling handsome pernah aku jumpa kat Malaysia ni..So aku gelarkan dia hantu handsome..Kalau korang berpeluang berjumpa dengan hantu ni pun, memang korang tak tido malam..sebabnya handsome sangat..Haha bagi korang yang tertanya2, apa yang aku cakap ni, sebenarnya aku ada lah berkenalan dengan makhluk tuhan ni.. Tapi kenapa aku gelarkan dia hantu? Sebab dia gelarkan diri dia macam tu, so aku panggil je la..Nak sangat hantu kan..Biar jadi hantu terus, baru puas hati aku..


*Tgk gambar tu patrick swayze dalam cite hantu..Kira macam aku dengan dia la tu..hahaha*


Dekat mana aku kenal dengan dia? Melalui aplikasi terkini smartphone ku..cewahh..Sebab tu kalau korang nak kenal dengan hantu handsome, korang kena pakai phone canggih..hehe.. Aku ni sebenarnya lama dah membujang..Buat pengetahuan korang aku ni pompuan tau, bukan lelaki..Walaupun bunyi ayat2 aku type ni macam kasar je kan, tapi aku ni sebenarnya ayu gitu..

Ok sambungan, aku ni dah lama membujang, kira dah lama solo la..dah lama tak merasai apa tu bercintan-cintun ni.. Perkenalan aku dengan hantu ni memang tak dirancang..Dia yang tegur aku dulu.. Mula aku buat dek je..Ye lah aku tau dah, kalau berkenalan tu nak apa..Tapi aku layan kan jelah memandangkan aku pun sunyi..Haha bukan saja aku nak buat dek tapi aku takut kecewa lagi di lain hari..

Kalau ikut dah byk kali dah aku ni kecewa bercinta..Dulu cinta pertama aku time aku form 5. Time tu orang sakan ambik SPM, aku sakan bercinta. Last2 padan muka, SPM dapat pun gaya orang bercinta. Elok sangat la tu..Time tu bercinta tak ingat dunia..Almaklumla aku ni sekolah pompuan dulu, tak pernah nampak budak lelaki..Hahah..menipu la tu..Pernah nampak tapi belum pernah bercinta..Bf aku yang first dulu tua lagi dari aku..Budak grunge katanya..Dulu orang semua berebut budak underground ni..konon ada bf gini macam bagus la..Hahah sekarang aku dah besar, aku fikir bagusnya tang mana? Opsss..hehe..Jangan marah ye abg2 di luar sana..

Tapi tak berpanjangan, dalam 3 bulan kami break..Aku pulak sedih nak mampus, padahal nak kira takde ape pun..Jumpa pun jarang..Menangis je keje, padahal kalau ingat balik takde benda pun..Alah time budak2 lagi..Lepas tu next bf aku pun budak underground. Dah jadi trend gamaknya..Bila la nak dapat bf yang baik2, sejuk mata memandang..Hahaha..

Dengan yang kali ni lama skit, lama gak la..Dalam 2 tahun..sebab bercinta dengan dia la SPM aku pun macam hampeh je.. Mana taknya malam nak ambik SPM Biologi aku boleh bergayut dengan dia sampai kul  5.30 pagi..Tiap2 hari pulak tu..Telinga aku ni dah panas siap boleh melecur dengan phone tu..Haha tapi time tu sayang punya pasal ku turutkan jua..Lepas tu nasib aku dapat masuk diploma gak, kalau tak duk umah kawin je la aku..Aku sambung diploma nun di utara sana.. Di universiti mana? Di universiti somewhere on earth.

Time ni aku dengan dia asyik on and off sebab dia tu baru ku tau playboy rupanya.. awek keliling pinggang..Time ni sedih lagi aku..Berjuraian air mata membasahi pipi..aiseh man berjiwang pulak aku ni..hahaha..Aku rasa tak leh nak let go dia, tapi lama2 aku cuba akhirnya berjaya..Dah lepas satu seksa jiwa aku bila aku berjaya lupakan dia..

Lepas tu aku ada minat2 kat classmate aku, tapi sekadar minat la..Tak pernah aku luahkan. Ku simpan je dalam hati. Bukan sebab apa, tapi ku sedar diri ku siapa..Rupa tiada, apa pun tiada, tapi nasib baik time diploma aku ni mmg pandai..Hahaha..

Kini pada tahun 2010, setelah bertahun aku tinggalkan cinta, akhirnya pintu hatiku di ketuk lagi oleh hantu mambang air ni..Tak sangka, berjaya jugak dia merobohkan tembok Berlin ni. Aku bukan tak nak bercinta lagi tapi rasanya dah cukup dah sengsara aku ni selama ni..

Dalam seminggu aku berkenalan dengan dia, dia is a very gentleman, tu yang aku boleh cair tu..Dia aturkan pertemuan aku dengan dia. Sebenarnya aku ni memang pemalu yang amat2 sgt. Nampak je macam cool tapi aku mmg malu sangat2...Hehe..Aku mmg malu la nak jumpa dia tapi di sebabkan aku mmg nak jumpa dia, ku gagahkan jua..


Hari yang di nantikan tiba..Dia jemput aku kat rumah..So sweet..hahaha..Gentleman lah katakan..Masuk dalam kereta aku diam seribu bahasa..Muka rasa merah, malu beb..Rasa nak menyorok dalam handbag..Hahaha..Tapi pertemuan tu berjalan lancar. Baliknya aku mula angau sorang2..Haish..Cepatnya jatuh cinta? Mana ada cinta pandang pertama..Perasaan cinta tu wujud setelah kita mengenali siapa dirinya..Bagi aku la macam tu..sebab aku rasa aku orang yang cepat suka pada orang..Tapi suka dan cinta berbeza..Nak tau lagi ape kisah aku dan hantu? Zass bersambung nanti..

No comments:

Post a Comment