Tuesday, November 23, 2010

Mencari ketenangan jiwa dan hati

Pernah satu masa dulu, hati dan jiwa aku tak tenang dan tenteram..Entah kenapa, tapi memang aku bukan lah perfect pun..Sembahyang pun kadang2 tak cukup, kadang2 lalai menunaikan kewajipan..Aku mengaku bukan insan yang teguh imannya..Saat jiwa dan hati tak tenteram sudah ku tahu mengapa..Sebab aku lupa pada Nya..


Namun saat aku lupa pada Nya, dia tetap mengasihi hamba nya ini..Benarkah jika dugaan itu datang dalam hidup, itu tandanya Dia sayangkan hambanya? Ingin menguji sejauh mana benteng kesabaran seseorang manusia itu dalam menghadapi hidup? Adakalanya dulu aku selalu bertanya, kenapa mesti aku? Kenapa selalu aku diuji dengan cabaran yang hebat begini? Kenapa tidak orang lain yang lansung lupa pada Nya diberikan kebahagiaan? Pelbagai soalan ku ajukan, namun akhirnya aku berdiam diri dan menerima dugaan ini sebagai satu kelaziman dalam hidup. 

Bagi yang mengenali aku secara luarannya, jarang mengatakan aku bermasalah kerana sebolehnya tidak aku tunjukkan tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu..Tapi aku mengingati kata2 yang ku baca dari blog lain tentang kesedihan yang berpanjangan yang membuatkan hati ku hiba..

" Janganlah bersedih, setelah kesulitan pasti ada kemudahan..Tidak selalunya kita dalam kesedihan..kerana di sebaliknya akan hadir sebuah kebahagiaan..Setiap kebahagiaan dan kemudahan itu akan hadir setelah kita mengharungi kesedihan dan kesulitan... Jangan ditangisi benda yang belum tentu menjadi milik kita..tapi tangisi benda yang telah menjadi milik kita ketika ini..mana tau ia akan terluput dan terlepas dari kita..."

Dugaan itu sebenarnya mematangkan jiwa dan hati..Membantu dalam proses transformasi diri ke arah lebih dewasa..Saat ada dugaan itu datang dengan menghadiakan air mata kepada ku, tujuannya adalah untuk menjadikan ku lebih sabar dengan semua ini.. Jika dugaan ini datang menyakitkan ku, hanyalah untuk mengajar ku menjadi lebih reda..

Aku bukan malaikat yang tidak akan terusik dengan kata2 insan lain malah sering bertanya pada diri, mana pergi keadilan untuk diri sendiri..Tapi kini redalah aku dengan semua cabaran yang datang..Namun bila setiap kali aku tewas kepada insan lain yang menghamburkan dugaan itu, tak bererti aku telah tewas sepenuhnya..Yang menang hanyalah di penglihatan, tapi di minda dan perasaan aku sebenarnya telah lebih dewasa..

Jadi saat ini setelah aku kenali dirinya yang lebih berusia dari ku dengan tanggungjawab yang  banyak dan saat dugaan menghambat diri, aku akan bertanya pada diri, bayangkan kalau aku berada di tempatnya? Mampukah aku handle kalau aku menjadi dia? Mungkin tak, mungkin ya.. Di sebalik perkenalan ini, aku ucapkan terima kasih kerana telah mendewasakan aku sekelip mata. 

Aku juga meminta maaf padanya kerana di awal perkenalan, aku tidak memahami malah sering merajuk dan mendesak..Kesal benar aku pada sikap ku dulu yang tidak memahami, tapi mujur ku hanya mengambil waktu yang singkat untuk sedar..Kini ku lebih jauh berbeza..Terima kasih kepada insan yang ku sayang walaupun kau tidak mengerti apa perubahan yang kau bawa..

No comments:

Post a Comment