Di mana...
katakan di mana salah silapnya
ku terasa-rasa hubungan kita
berubah mengikut masa
Ke mana...
mana hilang keajaiban itu
kelembutan serta kemanisanmu
yang pernah menghias hidupku
mana hilang keajaiban itu
kelembutan serta kemanisanmu
yang pernah menghias hidupku
Mengapa kita kini
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu
dingin dan membeku
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu
dingin dan membeku
Tetapi hati tidak dapat di bohongi
bila saja berjauhan
kita kerinduan
kau dan aku
diuji gelombang waktu
bila saja berjauhan
kita kerinduan
kau dan aku
diuji gelombang waktu
Sayangku
biar genting usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus
segalanya tersimpan di hati
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati
biar genting usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus
segalanya tersimpan di hati
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati
Yang jauh dirindu, yang dekat lagi dikenang..Semalam entah kenapa diri sedikit emosional..Adakah kerana rindu yang terlalu dalam mencengkam dada..Hati tidak dapat menipu, kadang2 terfikir sebenarnya apakah perasaan dia pada diri ini..Saat diri merindui dia, dia tidak dapat ku pastikan adakah merasai perasaan yang sama..Sudah lama tidak bertemu dengannya, hanya berhubung melalui msg..Di msg masih ada sayang, tapi tidak terhakis kah sayang itu andai sudah lama tidak bertemu? Yang aku tidak pasti berubah atau tidak adalah perasaan dia.. Perasaan ku sendiri sudah ku semat sedalam-dalamnya..
Bila terkenang sebegitu, hati menjadi sayu..Apakah sebenarnya aku bertepuk sebelah tangan..Entah lah aku pun tidak mengerti..Hari ni waktu lunch ingat nak ajak lunch sekali, tapi dah banyak kali ku ajak tapi dia macam tak sudi..Jadi ku takut kali ini jua sama..Malu dengan penolakan berkali2, mungkin itu tandanya orang tak sudi..Nak msg tanya buat apa pun tak berani, takut tak berbalas..Sedangkan dah berkali2 ku type dan ku padam, tapi tidak ku hantar..Sesungguhnya hati aku tak mampu membohongi, rindu amat mendalam..Kalau lah dia dapat mengerti, alangkah bahagiannya rasa..Kerana sesungguhnya ada waktunya tidak dapat ku tahan air mata yang tumpah hanya kerana merindui dirinya..
Bukan ku menangis kerana lemah, tetapi kerana kerinduan yang tidak terucap kepada dirinya..Bukan tidak boleh mengucapkan padanya, tapi ku tidak mahu menggangu kehidupan dia yang cukup sibuk ataupun menganggu waktu dia bersama yang lain..Sabarlah, pasti ada cahaya di hujung perjalanan ini..Semat kan saja kerinduan di hati ku..Andai kerinduan itu tidak pernah wujud di hatinya, maafkan lah dia..Dia mungkin tidak dapat merasai perasaan seperti yang aku rasai kini kerana banyak sebab..Cukuplah dengan sayang yang aku taburkan padanya, asalkan membahagiakan dia..Sesungguhnya aku rindu..Terlalu rindu..
No comments:
Post a Comment